Monday, February 25, 2008

Saint Patrick's Day Avatars

FREE St. Patrick's Day Avatars - Frescura 2008
Right click on image to save to your computer.

100's of St. Patrick's Day items available at eBay






100 x 100 Avatars / Graphics / Pics / Pictures / Gifs Saint Paddy's Day Avatars with Clovers, Green Beer, Shamrocks Featuring: Betty Boop, Patrick Star, Pink Panther, Sandy Cheeks, SpongeBob SquarePants, Squidward Tentacles, Tweety Bird

Friday, February 22, 2008

Ikan Pari Senyum



LONDON: Orang ramai berpusu-pusu mengunjungi sebuah akuarium di Hampshire bagi melihat seekor anak ikan pari (gambar) yang dikatakan tersenyum.

Akhbar Daily Telegraph turut memaparkan gambar ikan berwarna putih yang lengkap dengan sepasang mata dan bibir melakar senyuman.

Ikan pari baru berusia sebulan itu berukuran 12 sentimeter panjang.

Ia juga antara 12 ekor anak parti yang menetas menerusi program pembiakan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hants.

Anak pari itu kini ditempatkan di tangki jagaan khas dan sebaik besar, ia bakal menyertai beberapa spesies ikan lain termasuk jerung dalam tangki terbuka.

Jurucakap Blue Reef mengakui anak ikan pari berkenaan terbukti popular di kalangan pengunjung.

"Mukanya yang jelas seolah-olah mengukir senyuman itu yang menjadi tarikannya. Ada mengaitkan anak ikan itu dengan makhluk asing.

"Tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan watak The Last Human menerusi siri televisyen popular Doctor Who," katanya.

Perairan Britain menjadi habitat kepada sekurang-kurangnya 9 jenis ikan pari termasuk jenis gergasi yang boleh membesar sehingga tiga meter. - Agensi